EQ-Malay

Bar-On (1997) menjelaskan kecerdasan emosi sosial merupakan gabungan daripada kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial yang ditakrifkan sebagai kepelbagaian kebolehan yang bukan melibatkan kognitif, sebaliknya dianggap sebagai suatu kecekapan atau kemahiran yang mempengaruhi keupayaan seseorang untuk berjaya dalam menghadapi tuntutan dan tekanan dari sekeliling.

The Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i:YV) yang direkabentuk oleh Bar-On dan Parker merupakan salah satu instrumen yang digunakan untuk mengukur kecerdasan emosi sosial. EQ-i:YV telah diterbitkan pada tahun 2000 yang mengandungi sebanyak 60 item dengan 6 dimensi utama iaitu intrapersonal, interpersonal, adaptasi, pengurusan tekanan, mood umum dan juga pengaruh positif.

ARAHAN

  1. Penyertaan anda dalam sesi pentadbiran soal selidik EQ-Malay adalah sukarela.
  2. Anda perlu menjawab semua soalan EQ-Malay dengan jujur dan ikhlas.
  3. Tidak ada jawapan betul atau salah.
  4. Ujian ini akan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit.
  5. Jangan terlalu ambil masa lama menjawab dan menganalisa soalan.
  6. Jawab soalan berdasarkan apa yang anda rasa pilihan yang paling tepat.
  7. Sila tandakan satu pilihan jawapan bagi skala antara 1 hingga 4 pada setiap soalan yang dikemukakan.

Terima kasih atas kesudian dan kerjasama yang anda berikan.

PERSETUJUAN
Sila tekan butang “Seterusnya” jika anda faham tujuan soal selidik ini dan setuju terlibat secara sukarela.